Memperkasa Komuniti Melalui Direct Action: Mohon Geran Komuniti ETF MAPPS Hari Ini!
Kriteria Kelayakan
-
Keahlian MAPPS: Ketua Projek mestilah merupakan ahli MAPPS.
-
Had Projek: Setiap ahli hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu (1) projek aktif pada satu-satu masa.
-
Pelaksanaan Projek: Projek hendaklah dilaksanakan sendiri oleh ahli pasukan projek mengikut bidang kepakaran masing-masing tanpa melantik external consultant atau pakar luar.
-
Fokus Inisiatif: Geran ini mengutamakan projek berasaskan komuniti.
ย
Garis Panduan Geran
-
Core Focus: Projek hendaklah menyokong secara aktif community-driven knowledge transfer atau pembangunan masyarakat.
-
Project Duration: 6 hingga 12 bulan. (Sebarang permohonan lanjutan hendaklah dikemukakan secara rasmi sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh tamat projek berserta dengan strong justification).
-
Peruntukan Geran: Jumlah pembiayaan adalah antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 bagi setiap projek.
ย
Cara Memohon
[BORANG PERMOHONAN GERAN KOMUNITI ETF]
ย
Peraturan Kewangan Ringkas
Semua item bajet yang dicadangkan hendaklah dikategorikan dengan jelas di bawah kod vot kewangan berikut:
-
Gaji & Elaun (VOT 11000): Hanya dibenarkan untuk one-off payment kepada enumerator atau pembantu penyelidik yang memberikan perkhidmatan khusus. Bayaran honorarium kepada Ketua Projek, ahli pasukan, atau penceramah luar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
-
Logistik & Sewaan (VOT 21000 & 24000): Terhad kepada pengangkutan berlesen, sewaan bangunan/peralatan, serta elaun perjalanan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti rasmi program.
-
Bekalan & Bahan (VOT 26000): Terhad kepada program-specific consumables. Pembelian aset kekal adalah tidak dibenarkan; sebarang item inventori (peralatan melebihi RM500) memerlukan justifikasi bertulis yang kukuh dalam cadangan projek.
-
Perkhidmatan Profesional (VOT 29000): Meliputi perkhidmatan penting seperti percetakan, fotokopi, lab analysis, dan pemprosesan data projek. Kos penerbitan dihadkan kepada maksimum RM500.00. Perbelanjaan menghadiri seminar atau persidangan menggunakan geran ini adalah tidak dibenarkan.
ย
Pemantauan & Hasil Wajib Projek
-
Periodic Reporting: Laporan Kemajuan hendaklah dikemukakan mengikut pencapaian pertengahan projek yang ditetapkan (contohnya pada bulan ke-6).
-
Final Report: Laporan Akhir yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas projek tamat.
-
Mandatory Deliverables: Setelah projek selesai, setiap projek hendaklah menghasilkan dan memuat naik:
-
Satu (1) popular writing piece, artikel, atau penerbitan rasmi di media sosial yang mengetengahkan pelaksanaan dan impak projek.
-
Satu (1) video pendek berdurasi 1 hingga 3 minit yang memaparkan aktiviti lapangan sebenar serta hasil yang memberi manfaat kepada komuniti.
-
-
Penalti & Penarikan Geran: Peruntukan geran akan ditarik balik sekiranya projek didapati tidak aktif atau tiada rekod perbelanjaan dalam tempoh enam (6) bulan pertama selepas pelancaran. Ketua Projek yang gagal mematuhi jadual pelaporan atau garis panduan tadbir urus akan dikenakan tindakan, termasuk penarikan dana dan disenaraihitamkan daripada memohon sebarang geran baharu selama dua (2) tahun.
ย
Tarikh Tutup Permohonan
15 Ogos 2026
ย
Hubungi & Media Sosial
-
Laman Web: mapps.org.my
-
E-mel: secretariat.mapps@gmail.com
-
Facebook: Malaysian Plant Protection Society โ MAPPS
ย